Our Programmes

Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

  1. PENGENALAN
    1. Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
      Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
    2. Siapa yang layak menerima SARA?
      Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
      1. Warganegara Malaysia;
      2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
      3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
    3. Adakah saya perlu memohon SARA?
      Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.
    4. Bagaimanakah program SARA dilaksanakan?
      Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:
      Alamat Penerima Kaedah Pelaksanaan SARA
      Penerima daripada Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
      Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024
      Nota: Alamat penerima adalah berdasarkan alamat berdaftar dalam permohonan STR 2024 
    5. Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?
      Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:
      Bil. Kategori Kelulusan STR 2024
      (Miskin dan Miskin Tegar)
      Amaun Bayaran
      1. Isi Rumah
      i. Kahwin
      ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
      RM1200
      2. Warga Emas Tiada Pasangan RM1200
      3. Bujang RM600
      Nota : Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan. 
    6. Bagaimanakah cara untuk saya semak kelayakan SARA?
      Semakan kelayakan SARA boleh dibuat melalui kaedah berikut:
      Kaedah Pemakluman Keterangan
      i. Surat pemakluman
      • Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      ii. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
      • Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

      • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.

      • Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.
      iii. Semakan terus melalui portal rasmi Semakan kelayakan SARA Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia
      iv. Hubungi Semakan kelayakan SARA
      • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
        (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
        Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
        (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
        (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
    7. Sekiranya saya tidak tersenarai sebagai penerima SARA, adakah saya masih berpeluang menjadi penerima SARA?
      Ya. Tiada permohonan rayuan akan dibuka bagi kelayakan baharu SARA. Walau bagaimanapun, kelayakan SARA akan dipertimbangkan semula sekiranya:
      1. Warganegara Malaysia;
      2. Permohonan rayuan STR 2024 anda melepasi kriteria kelayakan dan diluluskan; serta
      3. Tersenarai dalam data Miskin Tegar / Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023.
      Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan. Sekiranya permohonan STR diluluskan mulai semakan verifikasi fasa kedua / ketiga / keempat, bayaran SARA yang akan diterima adalah mulai bulan fasa STR 2024 berkenaan diluluskan.
  2. KAEDAH PELAKSANAAN SARA (NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA)
    1. Bagaimanakah program SARA akan dilaksanakan di negeri Semenanjung Malaysia?
      Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

      Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    2. Jika saya terlepas sesi orientasi, apakah yang perlu saya lakukan?
      Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih.
    3. Bilakah SARA akan disalurkan kepada penerima?
      Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
      Kategori STR
      (Miskin dan Miskin Tegar) 
      Kategori STR
      (Miskin dan Miskin Tegar) 
      Bulan Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan  Bujang
      Januari 2024 RM 100 RM 50
      Februari 2024 RM 100 RM 50
      Mac 2024 RM 100 RM 50
      April 2024 RM 100 RM 50
      Mei 2024 RM 100 RM 50
      Jun 2024 RM 100 RM 50
      Julai 2024 RM 100 RM 50
      Ogos 2024 RM 100 RM 50
      September 2024 RM 100 RM 50
      Oktober 2024 RM 100 RM 50
      November 2024 RM 100 RM 50
      Disember 2024 RM 100 RM 50
      Jumlah RM 1200 RM 600
    4. Di manakah boleh saya membeli barangan keperluan asas di bawah program ini?
      Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

      Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:
      https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
    5. Adakah saya boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit luar daripada kawasan tempat tinggal saya?
      Ya. (Rujuk jawapan soalan 11)
    6. Apakah barangan keperluan asas yang boleh saya beli?
      Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

      Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
    7. Bagaimanakah kaedah pembelian barang keperluan?
      Kaedah pembelian barangan keperluan adalah seperti berikut:
      Pilih Barangan Keperluan Pilih Barangan Keperluan
      Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
      Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
      Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
      Imbas Kod Barangan Imbas Kod Barangan
      Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
      Bayar Menggunakan MyKad Bayar Menggunakan MyKad
      Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
      Simpan Resit Untuk Semakan Simpan Resit Untuk Semakan
      Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
    8. Bagaimanakah kaedah semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima?
      Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
    9. Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
      Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
    10. Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?
      Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
    11. Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?
      Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2024.
    12. Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?
      Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.
    13. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya MyKad saya rosak / hilang?
      Sila hubungi Talian Bantuan MyKasih. Pengecualian pembelian secara manual akan diberikan hanya bagi satu transaksi pembelian. Pembelian seterusnya hanya boleh dibuat menggunakan MyKad baharu anda.
    14. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia?
      Maklumat lanjut berkenaan SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia boleh didapati di:
      • Portal Rasmi MyKasih, www.mykasih.com; atau
      • Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
    15. Saya mempunyai pasar raya / kedai runcit dan berminat untuk menjadi rakan runcit bagi program SARA. Siapakah yang perlu saya rujuk bagi tujuan tersebut?
      Anda boleh berurusan / hubungi pihak MyKasih Foundation untuk penerangan lanjut. Pemilihan rakan runcit adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MyKasih Foundation.
    16. Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024, SARA 2024 juga diterima oleh penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bila dan bagaimana kaedah pelaksanaannya?
      Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak SARA 2024 seperti berikut:
      • Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
      • Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
        Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.