SETAPAK, 9 Julai – Program PRIHATIN Kasih dalam pakej PEMERKASA, dilaksana bagi membantu golongan miskin bandar mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.
Selama tiga bulan, individu yang layak akan menerima RM100 sebulan, dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.
Menariknya, mereka boleh memilih untuk berbelanja di lebih 300 rantaian kedai dan pasar raya di seluruh negara.
Program PRIHATIN Kasih yang bermula satu Julai merupakan kesinambungan kepada program e-Kasih yang ditambah baik.
RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad, sekiranya berbaki boleh dibawa ke bulan seterusnya sehingga program tamat pada Disember depan.
Isi rumah miskin bandar dikenal pasti mengggunakan data sedia ada Jabatan Kebajikan Masyarakat, e-Kasih dan Bantuan Prihatin Rakyat.
Penerima yang ditemui turut menzahirkan penghargaan di atas keprihatinan kerajaan membantu meringankan beban mereka mendapatkan barangan dapur.
Khususnya bagi yang terjejas sumber pendapatan.